Powered By Blogger
Powered By Blogger

Saturday, 23 March 2019

Blood Donation Drive 2019 - Menderma Menyelamatkan Nyawa

Assalammualaikum
Entry tertangguh.. Hehehe..
Rabu lepas 20 Mac 2019 kakak join aktiviti menderma darah yang diadakan oleh Pusat Darah Negara di tempat kami setiap 3bulan. So dalam setahun kami dapat dermakan darah sebanyak 3 kali.. Alhamdulillah. .
Sebenarnya ni kali ke 9 kakak menderma.. Sudah jadi rutin setiap 3bulan untuk kakak jalan kan tangungjawap sebagai penderma darah bagi menyelamatkan nyawa. Dan selagi diberikan kesihatan yang baik kakak sedia membantu dengan seikhlas hati bagi mereka yang memerlukan bantuan. Jom la semua kita jadi penderma darah.. 💉 Setiap 1 pack darah boleh selamatkan 2 nyawa taw 😊❤️

Tahniah pada yang berjaya jadi salah seorang penderma darah.  Yang lain boleh la cuba aktiviti mulia ni.. 🤗
#SayaSudahAndaBilaLagi
#IAmBloodDonor
#JomDermaDarah
#PusatDarahNegara
#MendermaSelamatkanNyawa

Friday, 22 March 2019

Camping Di Janda Baik 2h1m with Geng Huru Hara

Assalamualaikum 
Hai.. Da kata bulan Mac tahun ni mmg paling busy.. Seminggu Selepas balik dari Pantai Timur.. Geng² huru hara kakak bercamping pulak di Janda Baik 2h1m 🤗
Tanggal 9hb March 2019..Kami da plan awal nk buat kelainan untuk sambutan bezday Joe a.k.a Omar Qhalliff. Almaklum lah.. Biasa buat kt karaoke.. Kali ni kami plan bercamping be ramai² smbil release tension kerja..
Mula² plan kami kt Bentong(Xnak share nama location sbb xnk la buruk kan tempat tu) tapi last minit tempat yg kami booking sebulan awal tu dicancelkan tanpa sebab.. Jadi kami berpakat untuk tukar lokasi di Janda Baik.. Akhir ya kami dapat tapak yang cantik dan menarik di Y.S Guest Homestay Janda Baik.
Ni la homestay kami.. Recommended 👍

Jumaat tu.. Adek² kakak dari Genting turun dan stay sehari kat rumah kakak untuk buat preparation bahan² bbq dan barang ² untuk camping. Malam tu.. Beramai² la kami ke NSK Selayang memborong barang mentah. Balik memborong dalam 1am..siapkan bahan² memerap.. Kerja jadi cepat sebab kami bekerja sama sesambil membawang.. Haahha🤣🤣Tido dalam 3jam.. Pagi² kami da bangun siap² packing beg dan penuh kan kereta dengan barang² untuk camping. Dari Batang Kali, kami convoi 4biji kereta.. Kakak macam biasa la...menumpang jer.. Hihihikss..
Sampai di Petron Genting Permai.. Lagi sebiji kereta menanti. So kami 5bijik kereta berkonvoilah beramai² ke Janda Baik.
Sesampai kami dilokasi, kami menjamu selera dengan Nasi Kunyit, Tauhu Begedil dan dumpling yg ditempah khas oleh abang Muzakir dan dimasak dengan kasih sayang si Kakak Nurul Fitria.. Memang Sedap👍🤤 ada jugak sandwich dari Mak Jemah.. Hehehhehe


Tengah breakfast lagi 2biji kereta sampai.. Dari KL dan Bentong.. Sesambil makan sesambil membawang la kami... Hihihikksss
Lepas breakfast.. Masing² tanpa arahan pasang khemah memasing🏕️.. Ehehhe.. Bagus suma.. 

Team pasang khemah bahenol ank si nopal 😝
Dan kami yg xpasang khemah siap² bahan² untuk masak lunch..Menu lunch kami Nasi putih, ayam goreng kunyit, asam pedas, telur dadar dan ulam² 😋
Lepas siap² masak kami suma ke luar kawasan camping(kat dlm homestay tu ada sungai tapi kecik jer la) dalam kawasan Janda Baik untuk mandi manda.. Kami mandi di Kg Sum sum(Kawasan Janda Baik banyak sungai tapi klo weekend full house)
Hah sampai ke petang la jugak la kami berendam disungai sambil makan²
Balik dari sungai.. Masing² keletihan.. Ada yang berehat² ada yang memancing dan kakak ikot adek² yg nak ke Bentong cari kek birthday 😊🎂
Sampai je ke tempat camping malam tu segala persiapan untuk decoration belon bezday da siap.. Siap da mereka hidup kan bara untuk bakar ayam.. Pantas mereka menjalan kan tugas memasing kn.. 👍 Seterusnya kami prepare untuk acara malam berbarbeque pulak..
Masing² buat aktiviti...Yang membakar ayam. . Ada yang berkaraoke,  ada yang membawang, ada makan² ada yang main jutaria(Xtw la kaya ke kayap lepas main game tu.) Ada gak memancing 🎣 so mmg full off aktiviti la memasing malam tu. 🤭🤗
Dalam pukul 10 malam, bermulalah acara sambutan hari jadi Joe@Omar Qhalliff.
Happy Birthday Joe (Omar Qhalliff) 
Kami berkumpul beramai².. Menyanyikan lagu selamat hari jadi dan makan² kek serta ayam bbq.. Ada jugak ikan bakar sungai hasil memancing bdk² ni.. Si Nurul boleh dianugerahkan sebagai 'Queen of Mancing'👸🎣 sbb die paling banyak dapat ikan.. Hahahahha..
Ehh.. Kakak pon xlepaskan peluang menunjukkan bakat memancing taw.. 🤭🤭Dapat la dalam 8ekor ikan talapiah hitam.. Syukur 
Nak jugak bukti memancing dapat ikan.. Hahhaha🎣🤭
Lepas aktiviti memancing kami masuk ke khemah memasing. Kami tidur lebih kurang dalam 1pagi selepas masing² kepenatan dengan aktiviti disiang hari.


Esoknya hari terakhir.. Seawal 7pagi Mak Jemah dan Si Nurul da bangun sediakan Lempeng dan sambal ikan bilis untuk breakfast kami.. Kakak pon sediakan Kopok lekur yg beli masa ke Kelantan untuk mereka suma.. Lepas breakfast kakak.. Wan.. Nurul sambung memancing..kemudian kami sempat melawat kawasan tempat camping..Sangat luas.. Ada dusun buah buahan.. Owner homestay kata klo ada buah² amek jer makan.. Tapi time tu bukan musim buah kan.. So tgok jerlah pokok² 🤭 Ada anak sungai(Kecik je.. Xboleh la berenang.. Setakat basah² badan OK jer) Sempat la kami berselfie bagai buat kenangan📷

Wawa dan Nita sediakan menu lunch sebelum balik...dalam kol 12pm kami semua  bersalaman dgn owner homestay yg peramah sangat (Sangat recommended tempat ni sbb tempat die sangat ² bersih dan cantik.. Udara die nyaman.. Malam tido dalam khemah xde nyamok langsung.. Seriously) dan masing² mula bergerak balik ke Batang Kali/Genting/KL/Bentong..Alhamdulillah selesai 2h1m aktiviti camping kami di Janda Baik😊

Ehhh... Belum habis lagi..sabar 🖐️


Ada yg terus balik ke rumah masing² dan separuh dari kami sambung mandi manda di Kawasan Air Terjun Sg. Kedondong jalan Batang Kali-Genting.. Kami sempat bakar balance ikan hasil memancing di Janda Baik..Mandi mandi sampai ke petang.. Malam ke rumah Si Nurul pulak.. Makan lagi ikan Kerapu masak lemak tempoyak si Nurul yg masak 👩‍🍳.. Kami makan beramai² Cunna dan suami ya Nizam pon ada.. So berkumpullah kami berborak smbil menonton movie.. Kemudian masing² minta izin pulang be rehat setelah seharian kepenatan.. Cunna dan suami serra Dr. Farid balik ke KL.. Joe, Terry dan Nizam naik ke Genting..sempat jugak bergambo kenang²an sebelum berpisah (Kami dan camera Xleh berpisah.. Chinggg 😁) ...Berakhir la sudah ikan hasil mancing kami dan berakhir juga aktiviti camping kami untuk kalini..
Alhamdulillah!!! 
Terima kasih semua yg terlibat dalam aktiviti kali ini 😁🎣🏕️🏊‍♂️
Joe @ Omar Qhalliff
Nizam
Terry
Dr. Farid
Nurul
Wan
Mak Edward
Irfan
Munir
Mak Jemah
Nita
Abang Muzakir dan anak²
Wawa
(Yang datang malam untuk aktiviti potong kek pon xlupa juga)
👇
Me dan anak²
❤️
Gambar banyak sangat nak upload . So boleh tengok di Facebook or Instagram kakak ya.. 

March 2019 ~ bulan paling sibuk 😬 (Ke Kelantan dan Terengganu)

Assalamualaikum
Salam Jumaat 15 Rejab 1440H bersamaan 22 Mac 2019.
Alhamdulillah masih diberi kesempatan mengupdate entri di blog ni..
Maaf.. Busy sesangat bulan ni.. Xsempat nk update pape...😅
Awal bulan aritu.. Kakak pegi ke Negeri Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu.. YA rabbi... Cantik tempat yer.. Dan paling best.. Byk makanan yg sedap² dan murah.. Hehehe.. Xleh fikir diet da bila ada kt sana.. 3H2M kami berkampung di Pasir Putih Kelantan..

Ni la homestay kami untuk 3h2m .. Recommended boleh contact no tertera👍
Fistday sampai kami terus ke Rantau Panjang borong toto narita.. 🤣🤣 Sekali borong 4bijik🤭🤭😝

Smpai Pasir Puteh kami singgah pasar malam berdekatan homestay di Pasir Puteh..helok perut masing² kebulur.. Masok pasar malam xhingat nk balik.. Hahahah.. Suma makanan nampak Sedap dan menarik.. Ada etok.. Ada nasi kerabu.. Air berwarna warni.. Hihikss.. Yang paling best harga die jauh lebih murah dari tempat kami.. Alhamdulillah.. Settle hari pertama..
Day 2 kami bersarapan di rumah bakal adek Ipar kakak (Fatihah). Family fatihah jamu kami nasi Dagang, Mee Goreng dan kek brownies.. Mmg terbaik.. Kakak sorang jer makan 3x tambah.. Hahahahah.. 🤭🤭🤭
Seterusnya kami bergerak ke Kuala Besut. Pasir Putih bersempadan dengan Terengganu.  So Hagak dalam 1jam lebih kami gerak sampai ke Kuala Setiu. Sepanjang perjalanan (ikot laluan tepi pantai taw) ker Kuala Besut, banyak kedai² jual keropok lekur.. Umi Fatihah bawa kami singgah di gerai yang jual Kopok keping tersedap di Pasir Putih. So apa lagi.. Memborong la kami.. Hehheeh

Sampai je Kuala Setiu da kelihatan pantai yang sangat cantik.. Ya Allah.. Xboleh move on!!! Pantai die bersih dan air die berwarna biru.. Sempat la turun bergambar buat kenangan.. Sebelum balik ke Pasir Putih sempat lagi singgah makan udang  dan sotong goreng tepung di Restoran Ombak Pantai.. Memang best moment ever la...ehem.. Sempat jugak la kakak Memborong Kopok lekur batang sebelum balik buat Anak² kat rumah.. 😁

Malam terakhir Ayah dan Umi Fatihah jemput kami dinner kt rumah.. Alhamdulillah.. Rezeki jangan ditolak kan..Menu malam tu Patin Lemak tempoyak... Kerapu 3rasa.. Daging goreng kunyit dan sayur campur.. Fuhhh..😀Kenyang yakmat.. Malam tido dengan nyenyak did alam econ... Hahahaha

Esok ya kami gerak dalam 7.30am ke KL.. Dlm perjalanan kami dibekalkan kek brownies yg Sedap.. Sampai KL dalam 5.30pm..fuh..settle percutian 3h2m kami di Kelantan... Seriously xcukup.. Byk lagi tempat xpergi.. Insyaallah ada rezeki, panjang umur kami datang lagi.. 🤗





Related Posts with Thumbnails

Followers

nak cri blog laen?click cni..