Powered By Blogger
Powered By Blogger

Sunday, 15 September 2019

Trail walk to Air Terjun Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor

Assalamualaikum
Harini sis nak share feed back Sg. Chiling πŸ‘‡

Ok sepanjang sungai yg sis pegi tadi tu penuh dgn ikan...dari bawah sampai ke air terjun.. Tapi xboleh curi² amek bawak balik hokey...nanti sis babab tangan die.. Hahhaha..πŸ˜‚ Ada memo da tulis kat situ sila baca ya!!!

Nak bawak anak² kecik pon boleh... Kt bawah ada tapak boleh berkelah/camping tapi xleh bermalam... Yang mana bawak makanan tu make sure bawak balik sampah² ya.. Jangan dok tinggal merata..Kalau boleh yang merokok tu putung² rokok tu bawak la balik jugak.. Sis perati jer tadi ada putung rokok baru buang 🚬🀨Tapi xnampak sapa yg buang klo nampak sis da pial telinga dia..πŸ™„ Hahahaha... Sesama la kita jaga kebersihan sungai kita. Gitew πŸ˜„πŸ˜

Yang nak tracking ke air terjun tu pon boleh bawak anak kecik but parents kene jaga leklok la...track ke air terjun xbape nak extreme..tapi ada track yg agak curam/licin masa nk turun ke sungai..ada 6 anak sungai yang uols kene lalui.. But mmg best sbb anak² boleh tengok dan bagi makan ikan² yg besau² live celah² kaki sendiri masa cross kt sungai tu.

Santuari Ikan Sungai Chiling ni buka Sabtu & Ahad jer (8am-5pm).. Nak masuk kena register dulu dekat kaunter dan bila turun balik sila inform balik dekat kaunter yang uols dah keluar dari hutan tu.. Make sure ingat no kertas register hokey πŸ‘ŒMasuk free.. Tiada bayaran dikenakan!!

Sis suggests mana yang nak naik ke air terjun tu datang la awal sebab sis pegi awal pagi (8.15am) naik atas tu pon da full dengan manusia... Hahaahahahaaha... Kang xdapat nak selfie² cuolsss 🀣🀭

Sekian la info dari sis sebab ada yg tanya sis malas nk jawap banyak kali..✌🏼
#SungaiChiling
#SantuariIkanSungaiChiling







No comments:

Related Posts with Thumbnails

Followers

nak cri blog laen?click cni..